Sunday 24 June 2012

Apabila Hati Tidak Lagi KepadaMu


Saat Engkau menurunkan rezeki
Mereka berterima kasih kepadaMu

Saat Engkau memberikan perkhabaran gembira
Mereka tersenyum riang menerimanya

Namun…

Saat Engkau menyelitkan kesulitan
Mereka menyambutnya dengan cercaan, makian kepadaMu
Seolah-olah Engkau tidak pernah menghulurkan apa-apa kepada mereka

Ya Allah..
Engkau ampuni akan mereka
Engkau bukakanlah pintu hati mereka
Agar…hati mereka kembali bertaut kepadaMu

Nukilan,
Haykal Muhammad

Saturday 23 June 2012

Wahai umatku..

Apakah perkara yang paling dirisaukan kita apabila kita sudah semakin hampir dengan kematian? Jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri kerana ianya berkait rapat dengan perkara yang kita lakukan di dunia ini. Ada yang risaukan pewaris hartanya dan ada juga yang risaukan mengenai anak isterinya.

Sungguhpun begitu, terdapat kisah mengenai seorang manusia agung yang diciptakan oleh Allah SWT yang risau akan apa yang akan terjadi kepada umatnya apabila ketiadaannya nanti. Air matanya berlinang saat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya dan di waktu itu mulutnya tidak putus-putus menyebut "umati....umati....". Di saat itu jugalah berlinang air mata para sahabat dan kaum keluarga yang berada disisinya. Bagaimana begitu sayang dan cintanya manusia agung ini terhadap umatnya.

Mari kita imbau kembali peristiwa yang belaku lebih seribu tahun ini.....

Ketika subuh hari Isnin 12 Rabiuawal tahun ke 11H, Rasulullah tidak mampu untuk keluar solat ke masjid lalu baginda meminta Saidina Abu Bakar r.a mengimami solat. Kemudian Rasulullah keluar untuk bersolat dan disedari oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu mengundur ke belakang untuk memberikan tempat kepada baginda tetapi baginda memberi isyarat supaya solat diteruskan. Umat Islam pada ketika itu gembira kerana menyangka baginda sudah kembali sihat.

Kemudian Rasulullah pulang ke rumah, lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke pangkuan Aisyah. Tatkala itulah tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Lalu Aisyah pun pergi membuka pintu dan bertanya, "apakah hajat tuan datang ke mari?". Lalu tetamu itu menjawab."aku ingin menemui Rasulullah". Aisyah memberitahu Rasulullah sedang sakit. Lalu Aisyah mengatakan, "pulanglah". Orang itu kemudiannya memberi salam buat kali kedua. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah an apabila kali ketiga, baginda terdengar dan amat kenal dengan suara itu. Lalu baginda mengatakan,"suruhlah orang itu masuk" dan baginda bertanya kepada Aisyah,"kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "tidak tahu".Kata baginda,"dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail malaikat maut.

Baginda bertanya kepada Izrail apakah tujuan kedatangannya, lalu Izrail menjawab,"Allah memerintahkan aku untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu Ya Rasulullah. Jika Allah mengarahkan aku kembali." Sejurus daripada itu, malaikat Jibrail pun turun dan berada di sisinya. Baginda bertanya," wahai kekasihku, kenapa engkau lambat menziarahiku?" bercucuran air mata Jibril menahan sebak apabila melihat keadaan Rasulullah SAW. Izrail meminta keizinan baginda untuk menjalankan tugasnya. Apabila Roh ditarik dari ubun-ubunnya baginda berkata,"wahai Izrail, alangkah sakitnya mati." Mengalir air mata Izrail seraya menjawab,"tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu Ya Rasulullah."

"Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana UMATKU mampu menanggungnya." Malaikat Jibril tidak mampu berkata apa-apa, hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata,"wahai kekasihku Jibril, mengapa kamu tidak menjwab pertanyaanku dan berpaling? dakah kamu benci melihat wajahku? " Barulah Jibril bersuara, "wahai kekasihku,sebenarnya aku tidak sanggup untuk melihat engkau dalam keadaan begini." "Wahai Jibrail, alangkah sakitnya mati ini. Bagaimana UMATKU mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh UMATKU biar aku yang tanggung sekarang," Begitu Rasulullah sayang kepada UMATnya namun permintaan itu tidak diperkenankan oleh Allah SWT.

Kemudian baginda membuat permintaan kepada Jibrail,"wahai Jibrail, khabarkanlah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan bahawa seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti rohmu. "Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira, khabarkanlah berita kepadaku." Jibrail berkata,"seseungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan rohmu di angkat." Baginda berkata, "Bukan itu maksud pertanyaanku, khabarkan nasib UMATKU." Malaikat Jibrail pun menyatakan, " Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan UMATMU dahulu memasukinya." Tersenyum baginda mendengarnya dan akhirnya Rasulullah pergi menemui Allah SWT dengan tenang.

Cuba kita hayati kisah ini bagaimana sayang dan cintanya Rasulullah SAW terhadap kita. Tetapi bagaimana pula cinta dan sayangnya kita kepada Baginda. Marilah kita berselawat ke atas Baginda supaya di Padang Masyhar kelak kita akan diberi syafaat oleh Rasulullah SAW dan dimasukkan ke dalam syurga.


Wednesday 20 June 2012

Pemuda Yang Dijanjikan

Generasi muda merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Jika akhlak mereka sempurna maka begitulah juga keadaan negara tersebut pada masa akan datang dan begitu juga sebaliknya. Dewasa kini, zaman yang penuh dengan cabaran khususnya kepada umat Islam menyaksikan kebanyakan golongan muda hanyut dan terus dibuai mimpi dengan keseronokan duniawi. Ramai dalam kalangan pemuda di negara yang majoritinya beragama Islam disuap dengan pelbagai hiburan oleh media media barat dan tidak terkecuali Malaysia.Saban hari semakin kita menyaksikan keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan belia di negara kita.Namun disebalik terjadinya perkara tersebut, semakin ramai anak-anak muda bangkit untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. 


Sepanjang saya hidup selama 22 tahun, baru hari ini saya mengetahui kisah tentang beberapa orang pemuda Islam Melayu yang turut serta berjihad menyertai angkatan perang Mujahiddin menentang pencerobohan Kesatuan Soviet (sekarang dikenali sebagai Rusia) pada 31 Disember 1978 di bumi Afghanistan. Dalam kalangan beberapa orang pemuda tersebut, salah seorang daripadanya telah dipanggil menjadi tetamu Allah SWT sebagai peminang bidadari.


Beliau ialah As Syahid Fauzi. Dilahirkan pada 1 September 1962 di Kampung Pantai Cicak, Sidam kiri, Kedah. As Syahid merupakan seorang pemuda biasa yang hanya berkelulusan SPM sahaja dan tidak mempunyai pendidikan khusus di mana-mana sekolah agama.Sungguhpun begitu, beliau mempelajari pelajaran Al-Quran dan juga fardhu ain secara tidak formal. Beliau pernah bekerja sebagai seorang buruh asing di Singapura sebelum pulang ke kampung dan membuka sebuah kedai runcit secara kecil-kecilan. 

As Syahid merupakan seorang pemuda yang rajin menghadiri usrah anjuran ABIM pada ketika itu. Di sana, beliau sering mendegar tazkirah mengenai jihad serta kisah perjuangan pahlawan Islam. Hasil daripada itu, maka hatinya terpanggil untuk meyertai perjuangan jihad mujahidin di Afghanistan. As Syahid dan beberapa orang rakannya bertekad untuk mengumpul wang bagi membiayai tambang perjalanan mereka untuk sampai ke sana.

Pada 1988 As Syahid serta rakan-rakannya berangkat menuju ke sempadan Pakistan-Afghanistan, tempat di mana para Mujahidin dari seluruh dunia berkumpul sebelum masuk ke Afghanistan. Di sana, mereka diajar teknik dan taktik peperangan serta dilatih menggunakan senjata.  Sewaktu berada di sana, beliau sering bermimpi meminang bidadari.

Akhirnya, pada 1 September 1989 mimpi As Syahid menjadi realiti apabila pos yang dikawal beliau bersama rakannya di Bukit Quba', Afghanistan telah terkena tembakan mortar. Kejadian itu telah menyebabkan rakannya mengalami kecederaan parah dan As Syahid telah dipanggil menghadap Ilahi dalam keadaan wajahnya yang tersenyum kegembiraan.

Berita mengenai kesyahidan beliau disambut dengan tenan oleh oleh ahli keluarga yang berada di tanah air. Cita-cita As Syahid Fauzi untuk menjadi peminang bidadari telah dimakbulkan oleh Allah SWT.

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154

Begitulah sedikit coretan yang dapat saya karangkan mengenai kisah hidup seorang pemuda biasa berusaha mendapatkan kemuliaan di sisi ALLAH SWT. Jadi tidakklah mustahil bagi kita untuk mendapatkan "tiket" bagi menjadi seorang syuhada. Oleh itu kita hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk melakukan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah tanpa ada sebarang sifat-sifat munafik dalam diri kita. Hal ini kerana dengan keikhlasan kepada Allah SWT sahajalah dapat melahirkan manusia yang beriman dan bertanggungjawab.
Kita perlulah mencontohi sikap As Syahid Fauzi dan rakan-rakannya. Mudah-mudahan kita menjadi Pemuda Islam Yang Dijanjikan.



Friday 15 June 2012

Kewajiban Menuntut Ilmu

Ilmu merupakan perkara yang perlu dituntut oleh setiap insan. Hal ini kerana agama Islam sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu.Belajarlah ilmu apa pun selagi mana ianya membawa kebaikan dan tidak membawa kepada kemudaratan. Hal ini kerana apabila mati seseorang itu.....Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Hari ini, setelah 55 tahun kita mencapai kemerdekaan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Senario ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hari ini  semakin menyedari kepentingan menuntut ilmu. Saban tahun, terdapat beribu graduan daripada pelbagai bidang menamatkan pengajian mereka.

Sungguhpun begitu, apa yang menyedihkan adalah kebanyakan mereka yang menuntut ilmu hari ini adalah semata-mata ingin kan sijil diploma, ijazah, PHD dan sebagainya, belajar untuk kenaikan pangkat dan ada juga segelintir daripada mereka yang berbangga-bangga dengan keputusan yang cemerlang.

Perkara ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa menuntut ilmu di IPTA. Terdapat segelintir daripada kalangan pelajar yang meniru dalam ujian dan peperiksaan, meniru dalam tugasan, hanya 'copy and paste' untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. Perkara sebegini mencerminkan etika yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Jika dilihat perkara sebegini semakin hari semakin menular dalam kalangan pelajar malah berlaku daripada bangku sekolah lagi hinggalah ke institut pengajian tinggi.

Jika perkara ini berlanjutan berlaku, maka tidak hairan lah jikalau pada masa akan datang negara kita akan melahirkan ramai graduan tetapi mereka seperti "tidak tahu apa-apa".

Kita seharusnya menyedari, yang KITA MENUNTUT ILMU BUKANLAH SEMATA-MATA MAHUKAN DIPLOMA, IJAZAH DAN SEBAGAINYA. SEBALIKNYA ILMU YANG KITA DAPAT DAN DIBERKATI ITU ADALAH LEBIH PENTING. Usah dirisaukan sama ada keputusan cemerlang atau tidak kerana itu bukanlah kayu ukur mengenai ketinggian ilmu seseorang sebaliknya ianya dinilai daripada bagaimana seseorang itu menyampaikan atau menggunakan ilmu yang dipelajari.

Gambar sekadar hiasan

Tuesday 12 June 2012

Di Sebalik Penghinaan


Gambar di atas merupakan patung yang diperbuat daripada lilin semata-mata untuk menghina agama Islam. Patung tersebut telah dipamerkan pada satu Pameran Seni Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Jika dilihat daripada mata kasar, nampaknya seperti satu penghinaan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ianya seakan-akan memberi mesej bahawa agama Islam tidak lagi semegah dan gagah seperti dahulu sebagaimana ketika Baginda Nabi Muhammad SAW masih hidup, zaman Khulafa' Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Namun demikian, cuba kita perhatikan dengan teliti, Rabii Yahudi sedang berdiri di atas Paderi yang sedang melutut di atas Imam yang sedang sujud.

Secara logiknya, seseorang Muslim yang sujud akan bangun semula. Jadi, ketika Imam itu bangun semula maka Paderi dan Rabii akan jatuh.

Jadi, sebenarnya gambar ini mempunyai mesej yang tersirat iaitu satu hari nanti Islam pasti akan bangun semula dan kembali memerintah dunia. Jadi, bersabarlah.....sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar.


"Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” | HR. Bukhari & Muslim.

"Dan ingatlah ketika Rabbmu memberitahukan bahwa sesungguhnya Dia pasti mengirim kepada mereka (kaum Yahudi) sampai hari kiamat, orang-orang yang akan menimpakan adzab kepada mereka dengan yang seburuk-buruknya” | Al A’raaf: 167.

Sunday 15 January 2012

Final Camp: Sedikit komen dan cadangan

Sebelum mengakhiri penulisan mengenai Final Camp di Tasik Chenderoh ni. Ada sedikit komen dan cadangan hendak diberitahu.
Mengenai kem ni, Alhamdilliah dengan izin Allah SWT semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada insiden yang tak diingini berlaku. Cuma mengenai tandas dan kebersihan air di tapak perkhemahan. Tandas yang terdapat di kem Tasik Chenderoh ni agak 'klasik'. Tapi bukan itu yang menjadi masalah. Masalah yang besar ialah tandas tersebut mudah tersumbat. Bila dah tersumbat, hasil buangan manusia pun akan terapunglah. Jadi macam mana insan-insan yang lain nak membuang pulak.
Kemudian, kebersihan air tasik menjadi keraguan. Kalau untuk diminum atau memasak mungkin tak jadi masalah sangat sebab dah dimasak terlebih dahulu. Tapi untuk mandi dan mengambil wuduk, itu yang menjadi masalah utama. Air daripada bilik mandi akan mengalir ke dalam tasik dan pada masa yang sama berhampiran dengannya jugaklah diletakkan water pump untuk mengepam air ke dalam tangki. Bukan nak cerewet sangat mengenai soal ni. Tapi kita haruslah ingat sebagai orang Islam kita haruslah mengutamakan kebersihan.
Cadangan, diharap pihak yang berkenaan dapat mencari penyelesaian untuk masalah ini kerana mungkin akan datang FSR akan menggunakan lagi tempat ni untuk Final Camp SPS133. Sekian....

Final Camp:31/12/2011

Pagi ni, seperti biasa bangun solat subuh berjemaah, kemudian aktiviti Malaysia Cergas sebelum sarapan pagi. Selesai jer sarapan pagi, kami dibahagikan tugas mengikut kumpulan untuk mencuci dan mengemas semua peralatan seperti kayak, pfd, ground sheet dan lain-lain. Letih jugaklah, tapi seronok sebab kami ramai-ramai jadi kerja pun siap cepatlah.
Dalam pukul 12 tengahari barulah semua kerja selesai. Sebelum kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing kami dikumpulkan terlebih dahulu untuk mendengar amanat terakhir daripada pensyarah dan  juga fasilitator dan untuk mengambil semula barang-barang kami yang disimpan. Selesai jer, kami semua bersalam-salaman dan berpelukan (laki dengan laki, perempuan dengan perempuan) sebelum pulang. Alhamdullilah, semuanya dah habis. Selama lebih seminggu kami melalui berbagai-bagai macam perkara, makan, tidur, melakukan pelbagai aktiviti bersama. Kini semua tu menjadi kenangan dan memori yang terindah buat kami semua. Segala yang dipelajari akan menjadikan kami lebih matang untuk menghadapi kehidupan yang akan datang.