Friday, 15 June 2012

Kewajiban Menuntut Ilmu

Ilmu merupakan perkara yang perlu dituntut oleh setiap insan. Hal ini kerana agama Islam sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu.Belajarlah ilmu apa pun selagi mana ianya membawa kebaikan dan tidak membawa kepada kemudaratan. Hal ini kerana apabila mati seseorang itu.....Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Hari ini, setelah 55 tahun kita mencapai kemerdekaan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Senario ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hari ini  semakin menyedari kepentingan menuntut ilmu. Saban tahun, terdapat beribu graduan daripada pelbagai bidang menamatkan pengajian mereka.

Sungguhpun begitu, apa yang menyedihkan adalah kebanyakan mereka yang menuntut ilmu hari ini adalah semata-mata ingin kan sijil diploma, ijazah, PHD dan sebagainya, belajar untuk kenaikan pangkat dan ada juga segelintir daripada mereka yang berbangga-bangga dengan keputusan yang cemerlang.

Perkara ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa menuntut ilmu di IPTA. Terdapat segelintir daripada kalangan pelajar yang meniru dalam ujian dan peperiksaan, meniru dalam tugasan, hanya 'copy and paste' untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. Perkara sebegini mencerminkan etika yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Jika dilihat perkara sebegini semakin hari semakin menular dalam kalangan pelajar malah berlaku daripada bangku sekolah lagi hinggalah ke institut pengajian tinggi.

Jika perkara ini berlanjutan berlaku, maka tidak hairan lah jikalau pada masa akan datang negara kita akan melahirkan ramai graduan tetapi mereka seperti "tidak tahu apa-apa".

Kita seharusnya menyedari, yang KITA MENUNTUT ILMU BUKANLAH SEMATA-MATA MAHUKAN DIPLOMA, IJAZAH DAN SEBAGAINYA. SEBALIKNYA ILMU YANG KITA DAPAT DAN DIBERKATI ITU ADALAH LEBIH PENTING. Usah dirisaukan sama ada keputusan cemerlang atau tidak kerana itu bukanlah kayu ukur mengenai ketinggian ilmu seseorang sebaliknya ianya dinilai daripada bagaimana seseorang itu menyampaikan atau menggunakan ilmu yang dipelajari.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment