Apakah perkara yang paling dirisaukan kita apabila kita sudah semakin hampir dengan kematian? Jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri kerana ianya berkait rapat dengan perkara yang kita lakukan di dunia ini. Ada yang risaukan pewaris hartanya dan ada juga yang risaukan mengenai anak isterinya.
Sungguhpun begitu, terdapat kisah mengenai seorang manusia agung yang diciptakan oleh Allah SWT yang risau akan apa yang akan terjadi kepada umatnya apabila ketiadaannya nanti. Air matanya berlinang saat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya dan di waktu itu mulutnya tidak putus-putus menyebut "umati....umati....". Di saat itu jugalah berlinang air mata para sahabat dan kaum keluarga yang berada disisinya. Bagaimana begitu sayang dan cintanya manusia agung ini terhadap umatnya.
Mari kita imbau kembali peristiwa yang belaku lebih seribu tahun ini.....
Ketika subuh hari Isnin 12 Rabiuawal tahun ke 11H, Rasulullah tidak mampu untuk keluar solat ke masjid lalu baginda meminta Saidina Abu Bakar r.a mengimami solat. Kemudian Rasulullah keluar untuk bersolat dan disedari oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu mengundur ke belakang untuk memberikan tempat kepada baginda tetapi baginda memberi isyarat supaya solat diteruskan. Umat Islam pada ketika itu gembira kerana menyangka baginda sudah kembali sihat.
Kemudian Rasulullah pulang ke rumah, lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke pangkuan Aisyah. Tatkala itulah tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Lalu Aisyah pun pergi membuka pintu dan bertanya, "apakah hajat tuan datang ke mari?". Lalu tetamu itu menjawab."aku ingin menemui Rasulullah". Aisyah memberitahu Rasulullah sedang sakit. Lalu Aisyah mengatakan, "pulanglah". Orang itu kemudiannya memberi salam buat kali kedua. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah an apabila kali ketiga, baginda terdengar dan amat kenal dengan suara itu. Lalu baginda mengatakan,"suruhlah orang itu masuk" dan baginda bertanya kepada Aisyah,"kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "tidak tahu".Kata baginda,"dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail malaikat maut.
Baginda bertanya kepada Izrail apakah tujuan kedatangannya, lalu Izrail menjawab,"Allah memerintahkan aku untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu Ya Rasulullah. Jika Allah mengarahkan aku kembali." Sejurus daripada itu, malaikat Jibrail pun turun dan berada di sisinya. Baginda bertanya," wahai kekasihku, kenapa engkau lambat menziarahiku?" bercucuran air mata Jibril menahan sebak apabila melihat keadaan Rasulullah SAW. Izrail meminta keizinan baginda untuk menjalankan tugasnya. Apabila Roh ditarik dari ubun-ubunnya baginda berkata,"wahai Izrail, alangkah sakitnya mati." Mengalir air mata Izrail seraya menjawab,"tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu Ya Rasulullah."
"Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana UMATKU mampu menanggungnya." Malaikat Jibril tidak mampu berkata apa-apa, hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata,"wahai kekasihku Jibril, mengapa kamu tidak menjwab pertanyaanku dan berpaling? dakah kamu benci melihat wajahku? " Barulah Jibril bersuara, "wahai kekasihku,sebenarnya aku tidak sanggup untuk melihat engkau dalam keadaan begini." "Wahai Jibrail, alangkah sakitnya mati ini. Bagaimana UMATKU mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh UMATKU biar aku yang tanggung sekarang," Begitu Rasulullah sayang kepada UMATnya namun permintaan itu tidak diperkenankan oleh Allah SWT.
Kemudian baginda membuat permintaan kepada Jibrail,"wahai Jibrail, khabarkanlah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan bahawa seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti rohmu. "Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira, khabarkanlah berita kepadaku." Jibrail berkata,"seseungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan rohmu di angkat." Baginda berkata, "Bukan itu maksud pertanyaanku, khabarkan nasib UMATKU." Malaikat Jibrail pun menyatakan, " Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan UMATMU dahulu memasukinya." Tersenyum baginda mendengarnya dan akhirnya Rasulullah pergi menemui Allah SWT dengan tenang.
Cuba kita hayati kisah ini bagaimana sayang dan cintanya Rasulullah SAW terhadap kita. Tetapi bagaimana pula cinta dan sayangnya kita kepada Baginda. Marilah kita berselawat ke atas Baginda supaya di Padang Masyhar kelak kita akan diberi syafaat oleh Rasulullah SAW dan dimasukkan ke dalam syurga.
No comments:
Post a Comment