Setelah menempuh berbagai-bagai dugaan sepanjang malam semalam. Selesai pun aktiviti survival ni. Pagi ni kami berkumpul dulu kat sebelum bertolak balik ke camp site. Masa ni lah nak dengar cerita rakan-rakan yang lain mengenai apa yang berlaku sepanjang malam semalam. Ada, macam-macam cerita, lucu, sedih dan lain. Semua tu akan menjadi pengalaman dan memori yang berharga buat kami semua. Yelah..tak mungkin semmua orang dapat merasa pengalaman yang kami lalui ni.
Dalam pukul 9 lebih macam tu barulah kami menaiki bot untuk balik ke camp site. Sampai kat camp site, barulah kami semua dapat menikmati makanan 'sebenar' iaitu bubur nasi je pun........tapi nikmatnya, tuhan jelah yang tahu. Alhamdullilah...lepas tu dengar-dengar semalam ada 'kes' sikit kat camp site. Apa dia?? dengar cerita fasi marah kat semua orang (peserta). Apa kes? entahlah...
Aktiviti hari ni CAMP CRAFT & WILDERNESS FIRST AID. Sebelum mula aktiviti, mandi ler dulu...semalam sehari suntuk tak mandi. Lepas tu fasi pun bagi tugas untuk camp craft:
- Bersihkan khemah pusat, khemah peralatan dan khemah perubatan.
- Bersihkan khemah dapur dan masak untuk makan tengahari.
- Bersihkan khemah penempatan.
- Kemaskan ampaian, gadget dan cuci toilet.
- Dan tugasan yang paling mencabar hari ni.....GALI lubang sampah. (letih wooo)
Tak banyak sikit ada betulnya juga apa yang Cik Zila bagitau hari tu, aktiviti camp craft ni membosankan. Tapi nak tak nak kena lah buat dan selesaikan juga. Kalau tak, nak camping macam mana. Habis jer kerja, ada grup yang kena memasak untuk makan malam, selebihnya belajar wilderness first aid. Kami semua belajar bagaimana untuk menggunakan anduh tiga segi atau dalam bahasa orang putih, triangular bandage.Lepas tu, kami bersiap untuk malam ni pulak.
Pada malamnya pulak, En. Solehin suruh kami kemas barang-barang yang perlu supaya esok tak banyak sangat kerja yang nak kena buat sebab....esok dah nak balik Shah Alam, Khemah A frame pun kena buka, semua kena tidur kat khemah pusat. Malam ni giliran saya pulak untuk sentri tapi sentri sambil tertidur kat atas kerusi.hehe. Nak buat macam mana, mengantuk sangat.
No comments:
Post a Comment