Hari ni dah masuk hari yang kelima di Tasik Chenderoh, dah bermacam-macam perkara yang dah dilalui. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat juga insiden yang tak diingini berlaku.Aktiviti pada hari ni adalah orienteering dan survival. Hari tu masa kelas kat stor En. Wafi dah ajar mengenai orienteering tapi survival ni macam pulak? hmm..tak apa lah. Layan jer....Untuk aktiviti orienteering dan survival ni, kami kena pergi ke sebuah pulau dan dihantar menggunakan bot.
Sebelum bertolak, fasi kami pada pagi ni, En. Sam (bukan nama sebenar) memberi taklimat mengenai barang-barang yang mesti kami bawa. Barang-barang tersebut adalah sejadah, telekung(perempuan), kain pelikat (lelaki) dan surah yasin.
Dalam lebih kurang pukul 10 pagi, kami bertolak ke pulau tersebut. Lepas tu pulak lebih kurang dalam 50 meter lagi nak sampai, fasi suruh terjun daripada bot dan berenang ke tepi tasik(pulak dah). Habis basah satu badan. Kemudian kami pun berehat sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Sambil-sambil tu boleh lah berjemur untuk keringkan pakaian yang basah.
Bila semua dah sampai, kami diberi taklimat oleh Cik Intan untuk aktiviti orienteering,
ORIENTEERING
Apa yang kami belajar mengenai orienteering pada hari ini ialah mengenai sejarah orienteering, anatomi kompas,jenis-jenis orienteering, jenis-jenis kompas, jenis-jenis peta, alatan yang diperlukan dan cara untuk baca bearing. Sejarah orienteering ni bermula di Scandinavia pada awal abad ke 19. Kemudian pada tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi satu sukan. Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Dr. Wan Sabri bin Wan Mansor, pensyarah UOM pada rahun 1983.
Anatomy of compass
Jenis-jenis orienteering
- Orienteering merentas desa
- Orieentering bermarkah
- Orienteering jalan raya
- Orienteering bukit
- Orienteering malam
- Orienteering Berganti-ganti
- Norwegian event
Jenis-jenis kompas
- Kompas Tentera
- Kompas Orienteering
- Kompas Marin
- Kompas Kiblat
- Kompas Digital
Jenis-jenis Peta
- Peta topo
- Peta panduan jalan raya
- Peta khusus
- Atlas
- Peta imejan satelit
- Peta orienteering
Alatan yang diperlukan
- Control marker
- Control card
- Map
- Puncher
- Kompas
Apa itu survival??? survival adalah keupayaan seseorang untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan dan menggunakan sumber yang ada untuk terus hidup.
Terdapat empat elemen yang penting dalam survival.
- Air
- Api
- Makanan
- Tempat berlindung + pagar
- Fly sheet
- Parang
- Mancis
- Air minuman + wuduk
- Biskut
Kemudian, kami semua pun bergerak ke kawasan survival. Sampai jer....adoi, semaknye kawasan ni. Lepas tu ada sarang b*b# pulak. Puas jugaklah saya dan Faiz menebas kawasan tu. Kemudian kami memasang fly sheet dan menghidupkan ungun api. Apabila matahari sudah terbenam, kami menunaikan solat maghrib dan bergilir-gilir menjaga ungun api supaya tak terpadam. Sebenarnya pada malam tu ada 'kes' sikit tapi rasanya tak perlulah nak diceritakan kat sini. Biarlah perkara yang berlaku tu menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat supaya tak lagi melakukan benda yang sama akan datang.
No comments:
Post a Comment