Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Suka atau tidak terpaksalah diharungi juga. 23 hb Disember 2011 merupakan suatu permulaan kepada semua pelajar Diploma Pengajian Sukan UiTM yang mengikuti kursus SPS133 Outdoor Recreation Management untuk melaksanakan perkhemahan amali akhir bagi memenuhi syarat untuk penilaian berterusan (on going assessment). Walaupun Perancangan awal kem ini didatangi pelbagai masalah,namun Alhamdullilah dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Perkhemahan kali ini melibatkan pelajar daripada UiTM Malaysia,UiTM Pahang, Kolej Universiti Shahputra dan Institut Teknologi Darul Takzim (INSTED).
Kesemua pelajar telah di kuarantin di Kolej Kenanga UiTM Malaysia sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh, Tanjung Harapan,Perak. Selepas solat jumaat, kami pun berkumpul di kolej kenanga sementara menunggu pelajar daripada UiTM Pahang, Shahputra dan INSTEDT tiba. Setelah semuanya tiba, tugas kami adalah untuk memunggah semua barang-barang dan peralatan untuk dimasukkan ke dalam lori.
Setelah selesai, lebih kurang jam 10 malam kami dibahagikan kumpulan mengikut nama pulau dan gunung. Saya berada dalam Pulau Kapas dan Gunung Lepo. Kemudian, kami menikmati makan malam bersama-sama sebelum tidur dan bersiap untuk mengharungi perjalanan yang jauh ke Tasik Chendeoroh ESOK....
No comments:
Post a Comment