Hari berikutnya, seperti biasa bangun seawal pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan sarapan pagi. Pada malam sebelumnya saya sudahpun berjumpa dengan fasi untuk mendapatkan list barang-barang untuk aktiviti pada hari ini. Pada hari ni kami grup Pulau Kapas akan melakukan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal iaitu KAYAKING. Kayak yang akan kami gunakan pada hari ini ialah jenis sit on top dan nova caribee. Sebelum mula berkayak, kami kena lah mengikuti kelas teori dulu. Pada pagi ni, kami diberi tunjuk ajar oleh En. Sam (bukan nama sebenar) dan beberapa orang fasi yang lain turut membantu sambil di pantau oleh pensyarah daripada UCSA En. Mustakim.
Sejarah kayak ni bermula pada zaman eskimo di mana orang-orang eskimo menggunakan kayak sebagai pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada awalnya, kayak rangka kayak diperbuat daripada tulang binatang dan dbalut menggunakan kulit kayu. Pada tahun 1985, John Macgregor telah mencipta sebuah kayak moden yang diberi nama 'Rob Roy'. Beliau telah menjelajah ke seluruh sungai-sungai di Eropah menggunakan kayak ciptaannya. Di Malaysia pula, kayak mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1960 aan. Kemudian pada tahun 1970 kegiatan kayak berkembang pula di Pulau Pinang. Namun sukan kayak ni betul-betul berkembang ke seluruh negara pada tahun 1980 an dengan bantuan KBS.
Cerita pulak pasal kayak. Kayak ni terbahagi kepada 3 jenis:
1. Otterspot (U)-stabil dan laju
2. Slalom (O)-mudah dikawal,laju dan senang terbalik(capsize)
3. Mendesta (V)-laju dan sukar dikawal
ANATOMY OF KAYAK
ANATOMY OF PADDLE
KAYAK FORMATION
1. Single file
2. Double file
3.Diamond
4. Abreast
KAYAKING SIGNAL
1) Move to the left
- put the paddle at the left side
2)Move to the right
- put the paddle at the right
side
3) Stop / all group
- use both of your hand to hold
paddle across
- the objective is to give
common to others member’s
to stop
4) Emergencies
- put up the paddle straight
- objective is to gather the
member’s into the group
TYPE OF PADDLING
- Forward paddling
- Backward paddling
-Sweep paddling
-Draw stroke
RESCUE KAYAK
PERSONAL FLOTATION DEVICE (PFD)
Selesai saja kelas teori, kami semua pun melakukan aktiviti water confident. Ianya bertujuan memberi keyakinan kepada individu untuk mengapungkan diri dengan menggunakan pfd. Selesai jer, kami pun bawak turun kayak masing-masing dalam air. Saya selaku sternmen manakala anis selaku bowmen. Kami melakukan rafting sebelum melakukan ekspedisi kayak diketuai oleh EL Mecca. Kami semua cuba untuk melakukan formasi kayak tapi semuanya tak jadi, habis berterabur. Sebabnya...mungkin semuanya tengah excited kot. Yelah kan, first time berkayak. Kami merentasi arus Sungai Perak sebelum sampai ke destinasi. Sampai jer kat tempat yang dituju, kami melakukan rafting untuk berehat sambil makan biskut dan ada diantara kami yang bertukar kayak. Selesai jer, kami pun berkayuh untuk pulang ke campsite melalui laluan teratai yang agak sempit dan cuma memuatkan satu kayak sahaja untuk melaluinya. Dalam perjalanan balik, kami sekali lagi melakukan rafting untuk bertukar kayak. Saya dan Anis bertukar daripada sit on top ke nova caribe. Kayak jenis nova ni memang laju tapi susah sikit nak kawal. Sampai jer kat depan campsite, kami melakukan aktiviti capsize drill di mana kayak akan diterbalikkan dan kita harus menolak kayak kemabli ke posisi asal dan naik semula. Agak susah jugak pada mulanya, tapi Alhamdullialh berjaya jugak.
Habis jer capsize drill, kami pun bawak kayak naik, buang air kat dalam kayak dan susun semula. Lepas tu barulah dapat makan tengahari, (pukul 5 petang). Masing -masing makn dah tak tengok kiri kanan. Dah macam orang kebuluran pun ada,hehe. Lepas tu, kami semua bersiap untuk solat Maghrib. Kemudian selesai solat Isyak, En. Azizul menegur kami mengenai dengan kebersihan khemah, disiplin dan n kebersihan tandas. Dan aktiviti terakhir seperti biasa, post mortem bersama fasilitator mengenai aktiviti kami semua pada hari ini.
No comments:
Post a Comment