Sunday, 24 June 2012

Apabila Hati Tidak Lagi KepadaMu


Saat Engkau menurunkan rezeki
Mereka berterima kasih kepadaMu

Saat Engkau memberikan perkhabaran gembira
Mereka tersenyum riang menerimanya

Namun…

Saat Engkau menyelitkan kesulitan
Mereka menyambutnya dengan cercaan, makian kepadaMu
Seolah-olah Engkau tidak pernah menghulurkan apa-apa kepada mereka

Ya Allah..
Engkau ampuni akan mereka
Engkau bukakanlah pintu hati mereka
Agar…hati mereka kembali bertaut kepadaMu

Nukilan,
Haykal Muhammad

Saturday, 23 June 2012

Wahai umatku..

Apakah perkara yang paling dirisaukan kita apabila kita sudah semakin hampir dengan kematian? Jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri kerana ianya berkait rapat dengan perkara yang kita lakukan di dunia ini. Ada yang risaukan pewaris hartanya dan ada juga yang risaukan mengenai anak isterinya.

Sungguhpun begitu, terdapat kisah mengenai seorang manusia agung yang diciptakan oleh Allah SWT yang risau akan apa yang akan terjadi kepada umatnya apabila ketiadaannya nanti. Air matanya berlinang saat malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawanya dan di waktu itu mulutnya tidak putus-putus menyebut "umati....umati....". Di saat itu jugalah berlinang air mata para sahabat dan kaum keluarga yang berada disisinya. Bagaimana begitu sayang dan cintanya manusia agung ini terhadap umatnya.

Mari kita imbau kembali peristiwa yang belaku lebih seribu tahun ini.....

Ketika subuh hari Isnin 12 Rabiuawal tahun ke 11H, Rasulullah tidak mampu untuk keluar solat ke masjid lalu baginda meminta Saidina Abu Bakar r.a mengimami solat. Kemudian Rasulullah keluar untuk bersolat dan disedari oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu mengundur ke belakang untuk memberikan tempat kepada baginda tetapi baginda memberi isyarat supaya solat diteruskan. Umat Islam pada ketika itu gembira kerana menyangka baginda sudah kembali sihat.

Kemudian Rasulullah pulang ke rumah, lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke pangkuan Aisyah. Tatkala itulah tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Lalu Aisyah pun pergi membuka pintu dan bertanya, "apakah hajat tuan datang ke mari?". Lalu tetamu itu menjawab."aku ingin menemui Rasulullah". Aisyah memberitahu Rasulullah sedang sakit. Lalu Aisyah mengatakan, "pulanglah". Orang itu kemudiannya memberi salam buat kali kedua. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah an apabila kali ketiga, baginda terdengar dan amat kenal dengan suara itu. Lalu baginda mengatakan,"suruhlah orang itu masuk" dan baginda bertanya kepada Aisyah,"kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "tidak tahu".Kata baginda,"dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail malaikat maut.

Baginda bertanya kepada Izrail apakah tujuan kedatangannya, lalu Izrail menjawab,"Allah memerintahkan aku untuk mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu Ya Rasulullah. Jika Allah mengarahkan aku kembali." Sejurus daripada itu, malaikat Jibrail pun turun dan berada di sisinya. Baginda bertanya," wahai kekasihku, kenapa engkau lambat menziarahiku?" bercucuran air mata Jibril menahan sebak apabila melihat keadaan Rasulullah SAW. Izrail meminta keizinan baginda untuk menjalankan tugasnya. Apabila Roh ditarik dari ubun-ubunnya baginda berkata,"wahai Izrail, alangkah sakitnya mati." Mengalir air mata Izrail seraya menjawab,"tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu Ya Rasulullah."

"Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana UMATKU mampu menanggungnya." Malaikat Jibril tidak mampu berkata apa-apa, hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata,"wahai kekasihku Jibril, mengapa kamu tidak menjwab pertanyaanku dan berpaling? dakah kamu benci melihat wajahku? " Barulah Jibril bersuara, "wahai kekasihku,sebenarnya aku tidak sanggup untuk melihat engkau dalam keadaan begini." "Wahai Jibrail, alangkah sakitnya mati ini. Bagaimana UMATKU mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh UMATKU biar aku yang tanggung sekarang," Begitu Rasulullah sayang kepada UMATnya namun permintaan itu tidak diperkenankan oleh Allah SWT.

Kemudian baginda membuat permintaan kepada Jibrail,"wahai Jibrail, khabarkanlah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan bahawa seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti rohmu. "Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira, khabarkanlah berita kepadaku." Jibrail berkata,"seseungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan rohmu di angkat." Baginda berkata, "Bukan itu maksud pertanyaanku, khabarkan nasib UMATKU." Malaikat Jibrail pun menyatakan, " Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan UMATMU dahulu memasukinya." Tersenyum baginda mendengarnya dan akhirnya Rasulullah pergi menemui Allah SWT dengan tenang.

Cuba kita hayati kisah ini bagaimana sayang dan cintanya Rasulullah SAW terhadap kita. Tetapi bagaimana pula cinta dan sayangnya kita kepada Baginda. Marilah kita berselawat ke atas Baginda supaya di Padang Masyhar kelak kita akan diberi syafaat oleh Rasulullah SAW dan dimasukkan ke dalam syurga.


Wednesday, 20 June 2012

Pemuda Yang Dijanjikan

Generasi muda merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Jika akhlak mereka sempurna maka begitulah juga keadaan negara tersebut pada masa akan datang dan begitu juga sebaliknya. Dewasa kini, zaman yang penuh dengan cabaran khususnya kepada umat Islam menyaksikan kebanyakan golongan muda hanyut dan terus dibuai mimpi dengan keseronokan duniawi. Ramai dalam kalangan pemuda di negara yang majoritinya beragama Islam disuap dengan pelbagai hiburan oleh media media barat dan tidak terkecuali Malaysia.Saban hari semakin kita menyaksikan keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan belia di negara kita.Namun disebalik terjadinya perkara tersebut, semakin ramai anak-anak muda bangkit untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. 


Sepanjang saya hidup selama 22 tahun, baru hari ini saya mengetahui kisah tentang beberapa orang pemuda Islam Melayu yang turut serta berjihad menyertai angkatan perang Mujahiddin menentang pencerobohan Kesatuan Soviet (sekarang dikenali sebagai Rusia) pada 31 Disember 1978 di bumi Afghanistan. Dalam kalangan beberapa orang pemuda tersebut, salah seorang daripadanya telah dipanggil menjadi tetamu Allah SWT sebagai peminang bidadari.


Beliau ialah As Syahid Fauzi. Dilahirkan pada 1 September 1962 di Kampung Pantai Cicak, Sidam kiri, Kedah. As Syahid merupakan seorang pemuda biasa yang hanya berkelulusan SPM sahaja dan tidak mempunyai pendidikan khusus di mana-mana sekolah agama.Sungguhpun begitu, beliau mempelajari pelajaran Al-Quran dan juga fardhu ain secara tidak formal. Beliau pernah bekerja sebagai seorang buruh asing di Singapura sebelum pulang ke kampung dan membuka sebuah kedai runcit secara kecil-kecilan. 

As Syahid merupakan seorang pemuda yang rajin menghadiri usrah anjuran ABIM pada ketika itu. Di sana, beliau sering mendegar tazkirah mengenai jihad serta kisah perjuangan pahlawan Islam. Hasil daripada itu, maka hatinya terpanggil untuk meyertai perjuangan jihad mujahidin di Afghanistan. As Syahid dan beberapa orang rakannya bertekad untuk mengumpul wang bagi membiayai tambang perjalanan mereka untuk sampai ke sana.

Pada 1988 As Syahid serta rakan-rakannya berangkat menuju ke sempadan Pakistan-Afghanistan, tempat di mana para Mujahidin dari seluruh dunia berkumpul sebelum masuk ke Afghanistan. Di sana, mereka diajar teknik dan taktik peperangan serta dilatih menggunakan senjata.  Sewaktu berada di sana, beliau sering bermimpi meminang bidadari.

Akhirnya, pada 1 September 1989 mimpi As Syahid menjadi realiti apabila pos yang dikawal beliau bersama rakannya di Bukit Quba', Afghanistan telah terkena tembakan mortar. Kejadian itu telah menyebabkan rakannya mengalami kecederaan parah dan As Syahid telah dipanggil menghadap Ilahi dalam keadaan wajahnya yang tersenyum kegembiraan.

Berita mengenai kesyahidan beliau disambut dengan tenan oleh oleh ahli keluarga yang berada di tanah air. Cita-cita As Syahid Fauzi untuk menjadi peminang bidadari telah dimakbulkan oleh Allah SWT.

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154

Begitulah sedikit coretan yang dapat saya karangkan mengenai kisah hidup seorang pemuda biasa berusaha mendapatkan kemuliaan di sisi ALLAH SWT. Jadi tidakklah mustahil bagi kita untuk mendapatkan "tiket" bagi menjadi seorang syuhada. Oleh itu kita hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk melakukan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah tanpa ada sebarang sifat-sifat munafik dalam diri kita. Hal ini kerana dengan keikhlasan kepada Allah SWT sahajalah dapat melahirkan manusia yang beriman dan bertanggungjawab.
Kita perlulah mencontohi sikap As Syahid Fauzi dan rakan-rakannya. Mudah-mudahan kita menjadi Pemuda Islam Yang Dijanjikan.



Friday, 15 June 2012

Kewajiban Menuntut Ilmu

Ilmu merupakan perkara yang perlu dituntut oleh setiap insan. Hal ini kerana agama Islam sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu.Belajarlah ilmu apa pun selagi mana ianya membawa kebaikan dan tidak membawa kepada kemudaratan. Hal ini kerana apabila mati seseorang itu.....Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Hari ini, setelah 55 tahun kita mencapai kemerdekaan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Senario ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hari ini  semakin menyedari kepentingan menuntut ilmu. Saban tahun, terdapat beribu graduan daripada pelbagai bidang menamatkan pengajian mereka.

Sungguhpun begitu, apa yang menyedihkan adalah kebanyakan mereka yang menuntut ilmu hari ini adalah semata-mata ingin kan sijil diploma, ijazah, PHD dan sebagainya, belajar untuk kenaikan pangkat dan ada juga segelintir daripada mereka yang berbangga-bangga dengan keputusan yang cemerlang.

Perkara ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa menuntut ilmu di IPTA. Terdapat segelintir daripada kalangan pelajar yang meniru dalam ujian dan peperiksaan, meniru dalam tugasan, hanya 'copy and paste' untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. Perkara sebegini mencerminkan etika yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Jika dilihat perkara sebegini semakin hari semakin menular dalam kalangan pelajar malah berlaku daripada bangku sekolah lagi hinggalah ke institut pengajian tinggi.

Jika perkara ini berlanjutan berlaku, maka tidak hairan lah jikalau pada masa akan datang negara kita akan melahirkan ramai graduan tetapi mereka seperti "tidak tahu apa-apa".

Kita seharusnya menyedari, yang KITA MENUNTUT ILMU BUKANLAH SEMATA-MATA MAHUKAN DIPLOMA, IJAZAH DAN SEBAGAINYA. SEBALIKNYA ILMU YANG KITA DAPAT DAN DIBERKATI ITU ADALAH LEBIH PENTING. Usah dirisaukan sama ada keputusan cemerlang atau tidak kerana itu bukanlah kayu ukur mengenai ketinggian ilmu seseorang sebaliknya ianya dinilai daripada bagaimana seseorang itu menyampaikan atau menggunakan ilmu yang dipelajari.

Gambar sekadar hiasan

Tuesday, 12 June 2012

Di Sebalik Penghinaan


Gambar di atas merupakan patung yang diperbuat daripada lilin semata-mata untuk menghina agama Islam. Patung tersebut telah dipamerkan pada satu Pameran Seni Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Jika dilihat daripada mata kasar, nampaknya seperti satu penghinaan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ianya seakan-akan memberi mesej bahawa agama Islam tidak lagi semegah dan gagah seperti dahulu sebagaimana ketika Baginda Nabi Muhammad SAW masih hidup, zaman Khulafa' Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Namun demikian, cuba kita perhatikan dengan teliti, Rabii Yahudi sedang berdiri di atas Paderi yang sedang melutut di atas Imam yang sedang sujud.

Secara logiknya, seseorang Muslim yang sujud akan bangun semula. Jadi, ketika Imam itu bangun semula maka Paderi dan Rabii akan jatuh.

Jadi, sebenarnya gambar ini mempunyai mesej yang tersirat iaitu satu hari nanti Islam pasti akan bangun semula dan kembali memerintah dunia. Jadi, bersabarlah.....sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar.


"Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” | HR. Bukhari & Muslim.

"Dan ingatlah ketika Rabbmu memberitahukan bahwa sesungguhnya Dia pasti mengirim kepada mereka (kaum Yahudi) sampai hari kiamat, orang-orang yang akan menimpakan adzab kepada mereka dengan yang seburuk-buruknya” | Al A’raaf: 167.

Sunday, 15 January 2012

Final Camp: Sedikit komen dan cadangan

Sebelum mengakhiri penulisan mengenai Final Camp di Tasik Chenderoh ni. Ada sedikit komen dan cadangan hendak diberitahu.
Mengenai kem ni, Alhamdilliah dengan izin Allah SWT semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada insiden yang tak diingini berlaku. Cuma mengenai tandas dan kebersihan air di tapak perkhemahan. Tandas yang terdapat di kem Tasik Chenderoh ni agak 'klasik'. Tapi bukan itu yang menjadi masalah. Masalah yang besar ialah tandas tersebut mudah tersumbat. Bila dah tersumbat, hasil buangan manusia pun akan terapunglah. Jadi macam mana insan-insan yang lain nak membuang pulak.
Kemudian, kebersihan air tasik menjadi keraguan. Kalau untuk diminum atau memasak mungkin tak jadi masalah sangat sebab dah dimasak terlebih dahulu. Tapi untuk mandi dan mengambil wuduk, itu yang menjadi masalah utama. Air daripada bilik mandi akan mengalir ke dalam tasik dan pada masa yang sama berhampiran dengannya jugaklah diletakkan water pump untuk mengepam air ke dalam tangki. Bukan nak cerewet sangat mengenai soal ni. Tapi kita haruslah ingat sebagai orang Islam kita haruslah mengutamakan kebersihan.
Cadangan, diharap pihak yang berkenaan dapat mencari penyelesaian untuk masalah ini kerana mungkin akan datang FSR akan menggunakan lagi tempat ni untuk Final Camp SPS133. Sekian....

Final Camp:31/12/2011

Pagi ni, seperti biasa bangun solat subuh berjemaah, kemudian aktiviti Malaysia Cergas sebelum sarapan pagi. Selesai jer sarapan pagi, kami dibahagikan tugas mengikut kumpulan untuk mencuci dan mengemas semua peralatan seperti kayak, pfd, ground sheet dan lain-lain. Letih jugaklah, tapi seronok sebab kami ramai-ramai jadi kerja pun siap cepatlah.
Dalam pukul 12 tengahari barulah semua kerja selesai. Sebelum kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing kami dikumpulkan terlebih dahulu untuk mendengar amanat terakhir daripada pensyarah dan  juga fasilitator dan untuk mengambil semula barang-barang kami yang disimpan. Selesai jer, kami semua bersalam-salaman dan berpelukan (laki dengan laki, perempuan dengan perempuan) sebelum pulang. Alhamdullilah, semuanya dah habis. Selama lebih seminggu kami melalui berbagai-bagai macam perkara, makan, tidur, melakukan pelbagai aktiviti bersama. Kini semua tu menjadi kenangan dan memori yang terindah buat kami semua. Segala yang dipelajari akan menjadikan kami lebih matang untuk menghadapi kehidupan yang akan datang.

Saturday, 14 January 2012

Final Camp:30/12/2011

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Tanggal 30 haribulan Disember 2011, maka tamatlah Final Camp kami semua kat Tasik Chenderoh ni. Hari ni semua akan pulang ke UiTM Shah Alam. Tapi sebelum tu, kenalah kemas apa yang patut yang tak sempat buat malam tadi.
Kerja kami pada hari ini ialah khemas kawasan khemah penempatan, buka semula khemah, bersihkan kawasan kem, kambus semula lubang sampah, buka semua lampu, cuci tandas dan akhir sekali masukkan semua barang-barang dalam lori. Selesai jer semua tu, kami berkumpul sementara menunggu bas sampai. Bila bas dah sampai, macam biasa ler...kena jalan kaki keluar pada kem. Walaupun panas terik dan letih tapi sebab nak balik punya pasal, tak rasa pun semua tu. Yang bermain dalam kepala, nak mandi sebab dalam seminggu ni mandi lebih kurang jer. Dipendekkan cerita, lebih kurang macam tak mandi lah. heheheehe...
Sampai jer dalam bas, bersandar jer terus tak ingat apa yang berlaku sepanjang perjalanan (tidur). Sedar-sedar jer dah sampai kat R&R Tapah. Kami cuma berhenti sembahyang, nak makan duit tak ada pula. Semuanya kena simpan, ic pun kena simpan. Dah macam pelarian pun ada.hihihi...tapi mujurlah En. Wafi belanja satu bas makan roti. Walaupun sebungkus roti, tapi ianya sangat-sangat bermakna sebab kami semua lapar...
Sudah jer makan, sekali lagi terus ingat apa yang berlaku, sedar-sedar dah sampai pun kat Shah Alam. Lepas tu tunggu lori barang sampai dan bawa turun barang-barang dan peralatan semua dan disusun di gelanggang futsal dan depan stor Kolej Kenanga. Selesai jer, kami pun bersiap-siap untuk aktiviti malam kebudayaan. Nak kena buat persembahan pulak tu, ada idea??? entahlah...tiba-tiba abang Mus bawa satu lirik lagu M. Nasir. Tajuknya, Aku maafkan kamu. Macam mana nak nyanyi lagu?? dengar pun tak pernah. Haha. Lantak lah...nyanyi jer, bukan nak masuk pertandingan pun.
Malam ni, makanan agak istimewa berbanding hari-hari yang sebelumnya. Ada BBQ ayam, ikan, kerang, lepas tu ada jagung, nasi goreng cina dan macam-macam lagi lah. Sebelum, kami semua makan, Dekan FSR, Prof Madya Dr Mohd Hanafiah Abidin merasmikan dan menutup Final Camp SPS133 Tasik Chenderoh 2011. Lepas makan, tiba-tiba MC panggil grup saya untuk buat persembahan. Kami buat apa yang termampu, walaupun berterabur, nyanyi jelah. hehe. Kemudian, giliran grup-grup yang lain pulak buat persembahan.. Lepas habis majlis, kenalah kemas dulu sebelum balik ke Kolej Kenanga. Malam ni  merupakan malam yang terakhir sebelum kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Sebelum tidur, kami kena kemaskan peralatan supaya memudahkan kerja untuk mencuci esok Tempat tidur malam ni memang special, siap ada aircond lagi. Macam biasa lah, baring jer terus terlelap.hehe.

Thursday, 12 January 2012

Final Camp: 29/12/2011

Setelah menempuh berbagai-bagai dugaan sepanjang malam semalam. Selesai pun aktiviti survival ni. Pagi ni kami berkumpul dulu kat sebelum bertolak balik ke camp site. Masa ni lah nak dengar cerita rakan-rakan yang lain mengenai apa yang berlaku sepanjang malam semalam. Ada, macam-macam cerita, lucu, sedih dan lain. Semua tu akan menjadi pengalaman dan memori yang berharga buat kami semua. Yelah..tak mungkin semmua orang dapat merasa pengalaman yang kami lalui ni.
Dalam pukul 9 lebih macam tu barulah kami menaiki bot untuk balik ke camp site. Sampai kat camp site, barulah kami semua dapat menikmati makanan 'sebenar' iaitu bubur nasi je pun........tapi nikmatnya, tuhan jelah yang tahu. Alhamdullilah...lepas tu dengar-dengar semalam ada 'kes' sikit kat camp site. Apa dia?? dengar cerita fasi marah kat semua orang (peserta). Apa kes? entahlah...
Aktiviti hari ni CAMP CRAFT & WILDERNESS FIRST AID. Sebelum mula aktiviti, mandi ler dulu...semalam sehari suntuk tak mandi. Lepas tu fasi pun bagi tugas untuk camp craft:
  1. Bersihkan khemah pusat, khemah peralatan dan khemah perubatan.
  2. Bersihkan khemah dapur  dan masak untuk makan tengahari.
  3. Bersihkan khemah penempatan.
  4. Kemaskan ampaian, gadget dan cuci toilet.
  5. Dan tugasan yang paling mencabar hari ni.....GALI lubang sampah. (letih wooo)
Tak banyak sikit ada betulnya juga apa yang Cik Zila bagitau hari tu, aktiviti camp craft ni membosankan. Tapi nak tak nak kena lah buat dan selesaikan juga. Kalau tak, nak camping macam mana. Habis jer kerja, ada grup yang kena memasak untuk makan malam, selebihnya belajar wilderness first aid. Kami semua belajar bagaimana untuk menggunakan anduh tiga segi atau dalam bahasa orang putih, triangular bandage.Lepas tu, kami bersiap untuk malam ni pulak. 
Pada malamnya pulak, En. Solehin suruh kami kemas barang-barang yang perlu supaya esok tak banyak sangat kerja yang nak kena buat sebab....esok dah nak balik Shah Alam, Khemah A frame pun kena buka, semua kena tidur kat khemah pusat. Malam ni giliran saya pulak untuk sentri tapi sentri sambil tertidur kat atas kerusi.hehe. Nak buat macam mana, mengantuk sangat.

Wednesday, 11 January 2012

Final Camp:28/12/2011

Hari ni dah masuk hari yang kelima di Tasik Chenderoh, dah bermacam-macam perkara yang dah dilalui. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat juga insiden yang tak diingini berlaku.Aktiviti pada hari ni adalah orienteering dan survival. Hari tu masa kelas kat stor En. Wafi dah ajar mengenai orienteering tapi survival ni macam pulak? hmm..tak apa lah. Layan jer....Untuk aktiviti orienteering dan survival ni, kami kena pergi ke sebuah pulau dan dihantar menggunakan bot.
Sebelum bertolak, fasi kami pada pagi ni, En. Sam (bukan nama sebenar) memberi taklimat mengenai barang-barang yang mesti kami bawa. Barang-barang tersebut adalah sejadah, telekung(perempuan), kain pelikat (lelaki) dan surah yasin.
Dalam lebih kurang pukul 10 pagi, kami bertolak ke pulau tersebut. Lepas tu pulak lebih kurang dalam 50 meter lagi nak sampai, fasi suruh terjun daripada bot dan berenang ke tepi tasik(pulak dah). Habis basah satu badan. Kemudian kami pun berehat sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Sambil-sambil tu boleh lah berjemur untuk keringkan pakaian yang basah. 
Bila semua dah sampai, kami diberi taklimat oleh Cik Intan untuk aktiviti orienteering,

ORIENTEERING
Apa yang kami belajar mengenai orienteering pada hari ini ialah mengenai sejarah orienteering, anatomi kompas,jenis-jenis orienteering, jenis-jenis kompas, jenis-jenis peta, alatan yang diperlukan dan cara untuk baca bearing. Sejarah orienteering ni bermula di Scandinavia pada awal abad ke 19. Kemudian pada tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi satu sukan. Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Dr. Wan Sabri bin Wan Mansor, pensyarah UOM pada rahun 1983.

Anatomy of compass

Jenis-jenis orienteering
  1. Orienteering merentas desa
  2. Orieentering bermarkah
  3. Orienteering jalan raya
  4. Orienteering bukit
  5. Orienteering malam
  6. Orienteering Berganti-ganti
  7. Norwegian event
Jenis-jenis kompas
  1. Kompas Tentera
  2. Kompas Orienteering
  3. Kompas Marin
  4. Kompas Kiblat
  5. Kompas Digital
Jenis-jenis Peta
  1. Peta topo
  2. Peta panduan jalan raya
  3. Peta khusus
  4. Atlas
  5. Peta imejan satelit
  6. Peta orienteering
Alatan yang diperlukan
  1. Control marker
  2. Control card
  3. Map
  4. Puncher
  5. Kompas
Selesai jer bab teori ni, En. Badang (bukan nama sebenar) mahu kami membuat track orienteering. Selesai jer kami pun diberi tugas untuk mencari kedudukan control marker yang telah ditetapkan tadi dengan bertukar bearing dengan kumpulan yang lain. Kemudian, apabila dah tamat, sekali lagi En. Sam (bukan nama sebenar) memberi taklimat mengenai aktiviti SURVIVAL .
Apa itu survival??? survival adalah keupayaan seseorang untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan dan menggunakan sumber yang ada untuk terus hidup.
Terdapat empat elemen yang penting dalam survival.
  1. Air
  2. Api
  3. Makanan
  4. Tempat berlindung + pagar
Selesai jer taklimat, kami dibawa ke 'Kedai Mak Cik P' untuk memilih barang yang akan dibawa sewaktu survival nanti. Ni dia barang yang grup kami pilh. 5 ajer tak boleh lebih.
  1. Fly sheet
  2. Parang
  3. Mancis
  4. Air minuman + wuduk
  5. Biskut
 Kemudian, kami semua pun bergerak ke kawasan survival. Sampai jer....adoi, semaknye kawasan ni. Lepas tu ada sarang b*b# pulak. Puas jugaklah saya dan Faiz menebas kawasan tu. Kemudian kami memasang fly sheet dan menghidupkan ungun api. Apabila matahari sudah terbenam, kami menunaikan solat maghrib dan bergilir-gilir menjaga ungun api supaya tak terpadam. Sebenarnya pada malam tu ada 'kes' sikit tapi rasanya tak perlulah nak diceritakan kat sini. Biarlah perkara yang berlaku tu menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat supaya tak lagi melakukan benda yang sama akan datang.

Tuesday, 10 January 2012

Final Camp:27/12/2011

Hari  berikutnya, seperti biasa bangun seawal pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan sarapan pagi. Pada malam sebelumnya saya sudahpun berjumpa dengan fasi untuk mendapatkan list barang-barang untuk aktiviti pada hari ini. Pada hari ni kami grup Pulau Kapas akan melakukan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal iaitu KAYAKING. Kayak yang akan kami gunakan pada hari ini ialah jenis sit on top dan nova caribee. Sebelum mula berkayak, kami kena lah mengikuti kelas teori dulu. Pada pagi ni, kami diberi tunjuk ajar oleh En. Sam (bukan nama sebenar) dan beberapa orang fasi yang lain turut membantu sambil di pantau oleh pensyarah daripada UCSA En. Mustakim.
Sejarah kayak ni bermula pada zaman eskimo di mana orang-orang eskimo menggunakan kayak sebagai pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada awalnya, kayak rangka kayak diperbuat daripada tulang binatang dan dbalut menggunakan kulit kayu. Pada tahun 1985, John Macgregor telah mencipta sebuah kayak moden yang diberi nama 'Rob Roy'. Beliau telah menjelajah ke seluruh sungai-sungai di Eropah menggunakan kayak ciptaannya. Di Malaysia pula, kayak mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1960 aan. Kemudian pada tahun 1970 kegiatan kayak berkembang pula di Pulau Pinang. Namun sukan kayak ni betul-betul berkembang ke seluruh negara pada tahun 1980 an dengan bantuan KBS.
Cerita pulak pasal kayak. Kayak ni terbahagi kepada 3 jenis:
1. Otterspot (U)-stabil dan laju
2. Slalom (O)-mudah dikawal,laju dan senang terbalik(capsize)
3. Mendesta (V)-laju dan sukar dikawal

ANATOMY OF KAYAK

ANATOMY OF PADDLE

KAYAK FORMATION
1. Single file
2. Double file
3.Diamond
4. Abreast

KAYAKING SIGNAL

1) Move to the left
      - put the paddle at the left side
2)Move to the right
      - put the paddle at the right
         side
3) Stop / all group
      - use both of your hand to hold
         paddle across
      - the objective is to give  
        common to others member’s  
         to stop
4) Emergencies
      - put up the paddle straight
      - objective is to gather the
        member’s into the group

TYPE OF PADDLING

 -  Forward paddling
    - Backward paddling
-Sweep paddling
-Draw stroke
RESCUE KAYAK 
 PERSONAL FLOTATION DEVICE (PFD)

Selesai saja kelas teori, kami semua pun melakukan aktiviti water confident. Ianya bertujuan memberi keyakinan kepada individu untuk mengapungkan diri dengan menggunakan pfd. Selesai jer, kami pun bawak turun kayak masing-masing dalam air. Saya selaku sternmen manakala anis selaku bowmen. Kami melakukan rafting sebelum melakukan ekspedisi kayak diketuai oleh EL Mecca. Kami semua  cuba untuk melakukan formasi kayak tapi semuanya tak jadi, habis berterabur. Sebabnya...mungkin semuanya tengah excited kot. Yelah kan, first time berkayak. Kami merentasi arus Sungai Perak sebelum sampai ke destinasi. Sampai jer kat tempat yang dituju, kami melakukan rafting untuk berehat sambil makan biskut dan ada diantara kami yang bertukar kayak. Selesai jer, kami pun berkayuh untuk pulang ke campsite melalui laluan teratai yang agak sempit dan cuma memuatkan satu kayak sahaja untuk melaluinya. Dalam perjalanan balik, kami sekali lagi melakukan rafting untuk bertukar kayak. Saya dan Anis bertukar daripada sit on top ke nova  caribe. Kayak jenis nova ni memang laju tapi susah sikit nak kawal. Sampai jer kat depan campsite, kami melakukan aktiviti capsize drill di mana kayak akan diterbalikkan dan kita harus menolak kayak kemabli ke posisi asal dan naik semula. Agak susah jugak pada mulanya, tapi Alhamdullialh berjaya jugak.
Habis jer capsize drill, kami pun bawak kayak naik, buang air kat dalam kayak dan susun semula. Lepas tu barulah dapat makan tengahari, (pukul 5 petang). Masing -masing makn dah tak tengok kiri kanan. Dah macam orang kebuluran pun ada,hehe. Lepas tu, kami semua bersiap untuk solat Maghrib. Kemudian selesai solat Isyak, En. Azizul menegur kami mengenai dengan kebersihan khemah, disiplin dan n kebersihan tandas. Dan aktiviti terakhir seperti biasa, post mortem bersama fasilitator mengenai aktiviti kami semua pada hari ini.

Saturday, 7 January 2012

Final Camp:26/12/2011

Masa yang tunggu telah pun tiba. Tak sabar-sabar pun ada.(pulak dah). Hari ni bermulalah aktiviti kami yang sebenar-benarnya. Kesemua kumpulan akan mengikuti aktiviti yang berlainan mengikut perancangan yang telah dijadualkan kan. So...untuk pagi hari ini, mula-mula sekali kami semua akan belajar knotting ataupun dalam bahasa melayu nya ikatan. Fasilitator kami pada pagi ini diketuai oleh En. Shizz.
Sebelum memulakan pelajaran berkenaan ikatan, kami terlebih dahulu diberi penerangan mengenai jenis tali kernmantel yang mempunyai dua jenis iaitu static dan dynamic. Tali jenis static digunakan untuk aktiviti seperti climbing dan abseiling/repelling manakala tali jenis dynamic digunakan untuk aktviti seperti bungee jumping.
"KERNMANTEL".. apalah agak-agak maksudnya. Kern merujuk kepada bahagian dalam atauoun core tali manakala mantel pula merujuk kepada bahagian luar tali yang membalut core atau kern. Terdapat pula dua jenis core twist pada tali kernmantel ni iaitu z twist dan juga s twist. Twist ini dapat dilihat di bahagian hujung tali ataupun apabila tali dipotong. Dalam knotting ni ada 3 aspek yang penting, yang pertama senang untuk diketatkan, kedua kuat dan ketiga senang untuk dilonggarkan. Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan juga sebagai syarat untuk menentukan sama ada sesuatu ikatan tu betul ataupun salah. Cerita pasal ketahanan tali ni pulak adalah 2 tahun sama ada tali tersebut digunakan ataupun tidak.
Antara knotting yang kami belajar pada hari ini ialah:
1. Reef knot (buku sila)
2. Sheet band (bunga keti)
3. End knot/thumb knot
4. Fisherman knot
5. Bowline (tindih kasih) & rescue bowline
6. Figure 8 knot single loop & double loop
7. Clove hitch (simpul manok)
8. Alphine butterfly and double alphine butterfly

Selesai jer pelajaran knotting..kami pun bersiap untuk aktiviti seterusnya.,TREKKING Sebelum bertolak, kami diberi sedikit taklimat oleh En. Solehin mengenai perjalanan aktiviti kami pada petang ni.
Antara peralatan yang harus dibawa/dipakai:
1. Kasut bertutup
2. Stokin
3. Topi
4. Wisel
5. Botol air
6. Poncho
7. Tali knotting
Perjalanan kami mungkin mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam untuk sampai ke tempat yang di tuju. Cara berjalan dalam kumpulan juga turut diajar iaitu single file dan juga double file. Selain itu juga, kami turut belajar isyarat wisel. 1 tiupan=berhenti, 2 tiupan=teruskan perjalanan, 6 tiupan=minta pertolongan, 3 tiupan=pertolongan dalam perjalanan. Apabila kita berada dalam keadaan sesat ataupun dalam kecemasan..jangan panik. Gunakan prinsip ini....
Stop
Think
Observe
Plan

Perjalanan kami untuk aktiviti trekking ini bermula lebih kurang dala pukul 2 petang. Mula-mula kena berenang merentasi tasik sebelum sampai ke jeti untuk berjalan kaki. Habis basah...tapi nak buat macam mana. Alhamdullilah cuaca pada hari ni sangat baik untuk aktiviti trekking.Walaupun terpaksa berjalan dalam keadaan basah kuyup, tapi sebenarnya takda apa pun sebab bila dah lama berjalan pakaian jadi kering semula.Jauh jugaklah kami berjalan melintasi jalan raya sebelum sampai ke dalam kawan kampung dan masuk ke dalam kawasan hutan. Akhirnya, penat lelah kami berbaloi apabila kami sampai di puncak bali. Di sana kami dapat melihat keindahan Tasik Chenderoh daripada atas. Setelah melepaskan penat lelah, kami pun turun ke bawah dan sekali lagi kena berenang untuk sampai ke camp site. Setelah sampai, barulah kami dapat menikmati juadah makan tengahari lebih kurang pukul 5 petang. Setelah hanya makan biskut sepanjang perjalanan barulah dapat makan nasi.hehehe
Pada malamnya, sewaktu post mortem En Hisyam Che Mat menyampaikan sedikit amanat untuk kami semua para pelajar. InsyaAllah, nasihat yang disampaikan akan kami gunakan dengan sebaik-baiknya sebagai panduan untuk kami dalam melalui perjalanan yang masih lagi panjang.

Friday, 6 January 2012

Final Camp:25/12/2011

Aktiviti hari ini.....CAMP CRAFT. Ramai orang beranggapan aktiviti nilah yang paling memboringkan sewaktu camping sebab....macam-macam kerja nak kena buat. Tapi kalau xde camp craft camping confirm xjadi punyer. Yelah kan, time ni lah nak dirikan khemah pusat, khemah peralatan, khemah dapur, khemah perubatan dan khemah peralatan. Masa ni jugaklah ni kena buat gadget seperti ampaian,rak kasut dan sebagainya. Kalau camp site xde tandas kene gali buat tandas sendiri tapi mujurlah kat Tasik Chenderoh ni ada tandas walaupun agak 'Klasik'.hehehe.
So..hari ini kami diberi tunjuk ajar oleh Cik Zila yang juga merupakan alumni PERLU dan orang lama dalam aktiviti outdoor recreation ni. Banyak juga lah pengalaman yang dikongsi bersama kami. Beliau juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kami mengenai aktiviti camp craft ni. Selain itu juga, kami diberi tugas untuk diselesaikan hari ini.....
1. Betulkan lampu dan periksa semula pendawaian.
2. Buat pagar dan tempat masuk untuk khemah penempatan.
3. Bersihkan dapur dan kemaskan bahan-bahan masakkan.
4. Kurangkan kerusi di tempat makan pensyarah dan fasilitator.
5. Buat ampaian untuk jemur pakaian.
6.Bersihkan sampah di sekeliling khemah pusat.
7. Kemas khemah pusat.
8. Letak papan kenyataan di khemah pusat
                                                  -Tajuk program
                                                  -Tarikh
                                                  -Bilangan peserta, pensyarah dan fasilitator
Selesai sudah aktiviti camp craft...adalah sikit management game. Mula-mula tu rasa bosan lah jugak, tapi dah lama-lama jadi seronok la pulak walaupun terpaksa main tengah-tengah panas.
Pada malam nya pulak tiba jer kami semua dikumpulkan kat satu tempat lapang, rupa-rupanya nak suruh luahkan perasaan masing-masing (tapi dalam gelap). Hmm...ingatkan apa benda lah. Balik jer kat camp site tiba-tiba rasa pelik pulak. Kenapa gelap??? kemudian ketua gunung, Faiz pun datang bawak satu sampul yang ada klu. Kena main game pulak dah...adoi,dah lewat malam. Nama game ni lemak manis."hai lemak manis ala amboi2, santan kelapa ala amboi2, ku pandang lah manis ala amboi2, anak siapa3x."Puas jugaklah kami mencari klu sampai terlelap. Lebih kurang pukul 4 pagi barulah jumpa apa yang di cari. "harta karun" yang tertanam rupanya. Dalam tu ada air dan makanan. Lepas tu barulah boleh tidur. Huh lega tapi pukul 5.30 pagi dah kena bangun. Adoi..dah lah esok nak kena pergi trekking pulak.

Tuesday, 3 January 2012

Final Camp:24/12/2011

Pada malam berikutnya, kami diwajibkan 'sentri' untuk menjaga barang-barang dan peralatan kerana semuanya diletakkan di luar stor. Kesemua pelajar lelaki tidur di kaki lima kolej kenanga manakala pelajar perempuan tidur di dalam surau kolej kenanga. Nak di jadikan cerita...awal pagi tu tiba-tiba pula hujan. Merasa la juga tempiasnya.huhu. Nak buat macam mana, dah dikuarantin.hehehe. Kami semua bangun seawal jam 5.30 pagi dan mengerjakan solat subuh berjemaah secara bergilir-gilir disebabkan kapasiti surau kolej kenanga yang tidak mampu menampung jumlah semua pelajar. 
Sebelum, menjamu selera (sarapan pagi) kami semua melakukan aktiviti Malaysia Cergas atau dalam bahasa mudahnya, senaman pagi. Di mulai dengan regangan dan diikuti dengan senam robik yang diketuai oleh Cik Mun (Fasilitator Jengka).
Dah penat dan berpeluh, barulah kami dapat menikmati sarapan pagi bersama-sama.huhu..terasa nikmatnya makan bersama-sama dalam suasana semuanya yang belum mandi pagi lagi.hahaha.(x sempat nak mandi).
Selesai makan, ada sedikit taklimat daripada fasilitator mengenai perjalanan kami pada hari ini. Selesai sahaja taklimat, kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk menaiki bas. Lebih kurang jam 9 pagi, kami pun bertolak dari Shah Alam. Sepanjang perjalanan, saya hanya mampu melelapkan mata..hehe. Lebih kurang jam 12 tengahari kami pun tiba di R&R Tapah sebelum meneruskan perjalanan kami yang masih lagi jauh. Sekali lagi saya hanya mampu melelapkan mata.
Tepat jam 2 petang, kami pun tiba di lokasi yang yang dituju. Semalaman termimpi-mimpi,bagaimanalah agaknya tempat kem aku ni?hehe. Ingatkan dah betul-betul sampai. Rupa-rupanya sampai kat depan pintu je. Kena jalan kaki da....lebih kurang 3km macam tu. Letih jugaklah...masa tu lah berkenal dengan abg Mus, orangnya dah berusia dalam 35 tahun,berkhidmat dalam Tentera Darat, sembang punya sembang rupanya ang Mus ni anggota unit tempur Komando..Tabik spring lah abg Mus. 
Sampai je di Tapak perkhemahan, kami pun mulalah melakukan aktiviti 'loading' barang keluar daripada lori. Kemudian melakukan aktiviti 'camp craft', antaranya mendirikan khemah 'A frame', menyiapkah rak kayak dan ampaian pfd. Untuk aktiviti camp craft ni, kreativit amatlah diperlukan supaya dapat menghasilkan gadget yang dapat memberi manfaat dalam perkhemahan.
Selesai, melakukan aktiviti camp craft. Kami semua bersiap untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta bacaan yasin. Makan malam kami yang pertama di kem ini ialah nasi+ikan sardin+telur dadar dan makan secara berjemaah di dalam talam atau dulang. Masa tu lah terasa nikmatnya dapat makan. Maklumlah, takde lauk lain..makan jelah. Itupun sodap.
Selesai makan, sampailah masa untuk spot check. Tujuannya adalah unutk memastikan para peserta tidak membawa barangan yang dilarang sewatu perkhemahan. Nak dijadikan cerita, adalah pulak sorang hamba Allah ni,bawak rokok tapi tak nak mengaku kemudian diletaknya pulak dalam beg sorang kawan ni. Tak pasal-pasal kawan ni yang kena. Kesian jugak tengok dye, 3-4 batang jugaklah berasap sampai terbatuk-batuk. Siapalah punya angkara ni, sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Pasal kes ni jugaklah, tak pasa-pasal budak-budak perempuan kena star jump sampai menjerit-jerit dan pasal benda ni jugaklah kami tidur lambat...dah la ESOK kena bangun awal pagi.hmmmm

Sunday, 1 January 2012

Final Camp:23/12/2011

Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Suka atau tidak terpaksalah diharungi juga. 23 hb Disember 2011 merupakan suatu permulaan kepada semua pelajar Diploma Pengajian Sukan UiTM yang mengikuti kursus SPS133 Outdoor Recreation Management untuk melaksanakan perkhemahan amali akhir bagi memenuhi syarat untuk penilaian berterusan (on going assessment). Walaupun Perancangan awal kem ini didatangi pelbagai masalah,namun Alhamdullilah dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Perkhemahan kali ini melibatkan pelajar daripada UiTM Malaysia,UiTM Pahang, Kolej Universiti Shahputra dan Institut Teknologi Darul Takzim (INSTED).
Kesemua pelajar telah di kuarantin di Kolej Kenanga UiTM Malaysia sebelum bertolak ke Tasik Chenderoh, Tanjung Harapan,Perak. Selepas solat jumaat, kami pun berkumpul di kolej kenanga sementara menunggu pelajar daripada UiTM Pahang, Shahputra dan INSTEDT tiba. Setelah semuanya tiba, tugas kami adalah untuk memunggah semua barang-barang dan peralatan untuk dimasukkan ke dalam lori.
Setelah selesai, lebih kurang jam 10 malam kami dibahagikan kumpulan mengikut nama pulau dan gunung. Saya berada dalam Pulau Kapas dan Gunung Lepo. Kemudian, kami menikmati makan malam bersama-sama sebelum tidur dan bersiap untuk mengharungi perjalanan yang jauh ke Tasik Chendeoroh ESOK....